Home / Puisi / Puisi – Purnama Raya

Puisi – Purnama Raya

Purnama raya
bulan bercahaya
amat cuaca
ke mayapada

Purnama raya
gemala berdendang
tuan berkata
naiklah abang

Purnama raya
bujang berbangsi
kanda mara
memeluk dewi

Purnama raya
bunda mengulik
nyawa adinda
tuan berbisik

Purnama raya
gadis menutuk
setangan kuraba
pintu diketuk

Purnama raya
bulan bercengkerama
beta berkata
tinggallah nyawa

Purnama raya
kelihatan jarum
adinda mara
kanda dicium

Purnama raya
cuaca benderang
permata kekanda
pulanglah abang

(Amir Hamzah)

About admin

Lihat Juga

Puisi – Mabuk

Ditayangan ombak bujang bersela dijunjung hulu rapuh semata dikipasi angin bergurau senda lupakan kelana akan …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *