Home / Puisi / Kumpulan Syair Melayu

Kumpulan Syair Melayu

TAKWA KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA
Wahai Ananda Mustika Ayah
Dalam Beriman Janganlah Goyah
Betulkan akal Luruskan Langkah
Mohon Petunjuk Kepada Allah

Wahai Ananda Buah Hati Bunda
Berpegang teguh Kepada Agama
Beramalah Engkau Sehabis daya
Supaya Selamat dari neraka

KEADILAN
Wahai Ananda Mustika Bunda
Adil dan benar hendaklah bela
Jagalah sehabis daya
Supaya hidupmu beroleh Pahala

Wahai Ananda Bunga Idaman
Kenang Olehmu ayah Berpesan
Berlaku adil Janganlah segan
Bersikap benar Jangan lah Enggan

BERTENGGANG RASA
Wahai Ananda dengarlah Petuah
Dalam bergaul janganlah meyalah
Dalam bercakap elok Lah lidah
Dalam berjalan Luruslah Langkah

Wahai ananda dengar amanat
Tengang menengang jadikan sifat
Tolong menolong jadikan ibadat
Supaya Selamat Dunia Akhirat

BERTANGGUNG JAWAB
Wahai Ananda permata Hikmat
Tanggung jawabmu hendaklah ingat
Berani menanggung Sebab akibat
Berani berbuat tahan Akibat

Wahai Ananda kuatkan Iman
Tunaikan Tugas jalankan Kewajiban
Tanggung Jawabmu jangan abaikan
Supaya hidupmu diridhoi Tuhan

MUSYAWARAH DAN MUFAKAT
Wahai ananda dengar amanat
Jangan sekali meninggalkan Mufakat
Elok berunding sebelum berbuat
Supaya kerjamu Jadi Selamat

Wahai ananda dengarlah syair
Duduk musyawarah Pantang Menyindir
Mufakatkan akal gunakan fikir
Supaya kerja tidak Mubazir

MENANAM DAN MEMBALAS BUDI
Wahai Ananda perbanyaklah Budi
Tetapi jangan minta dipuji
Ikhlas dan rela dalam memberi
Supaya Amalmu ALLAH Ridhoi

Wahai Ananda Banyakkan ingat
Bertanam budi mengikut adat
Semoga Allah memberi rahmat

BERKASIH SAYANG DENGAN SESAMA
Wahai Ananda Intan dikarang
Hiduplah engkau berkasih sayang
Janganlah suka memusuhi orang
Sifat yang buruk hendaklah Buang

Wahai ananda dengar madah
Berkasih sayang besarlah faedah
Dalam bergaul engkau merendah
Supaya aibmu tidak terdedah

KEBERANIAN
Wahai ananda buah hati ayah
Sifat berani menegakkan marwah
Membela keadilan usah berlengah
Menegakan yang hak usah berkilah

Baca Juga  Syair Nasehat Kepada Anak (Raja Ali Haji)

Wahai ananda luruskan niat
Perangi oleh kerja maksiat
Lawan olehmu dengki khianat
Mati pun engkau berolah rahmat

KEJUJURAN
Wahai ananda buah hati bunda
Hiduplah jujur jangan durhaka
Jauhkan bohong haramkan dusta
Supaya hidup tiada ternista

Wahai ananda intan pilihan
Berterus terang janganlah segan
Apa yang benar engkau katakan
Apa yang salah engkau tunjukan

MEMANFAATKAN WAKTU
Wahai ananda permata hati
Hitunglah waktu dengan teliti
Masa berjalan cepat sekali
Bila tak ingin hidup merugi

Wahai ananda ingatlah pesan
Masa mudamu jangan abaikan
Manfaatkan waktu dengan amalan
Supaya selamat di hari kemudian

SIFAT AMANAH DAN MEMEGANG JANJI
Wahai ananda intan dikarang
Pegang kokoklah amanah orang
Kepercayaan jangan dibuang
Supaya Hidupmu dijalan terang..

Wahai ananda peliharalah janji
Kepercayaan orang jangan khianati
Taat setia sampailah mati
Supaya namamu tidak terkeji

SIFAT TAHU DIRI
Wahai Ananda pegang Amanah
Tahu diri sifat bertuah
Tahu berjalan mengatur langkah
Tahu berkata mengatur lidah

Wahai ananda dengarlah peri
Bertuah hidup tahukan diri
Tahu dimana tempat berdiri
Tahu dimana tempat berhenti

SIKAP RENDAH HATI
Wahai ananda kebanggaan bunda
Janganlah engkau mabuk dunia
Jangan silau memandang harta
Supaya hidupmu tidak menderita

Wahai ananda dengarlah petuah
Jauhi sifat sombong dan pongah
Bergaulah dengan hati merendah
Supaya hidupmu berolah berkah

PEMAAF DAN PEMURAH
Wahai ananda intan dikarang
Ikhlaskan hati memaafkan orang
Dendam kesumat hendaklah buang
Hati pemurah hidupmu lapang

Wahai ananda dengar petuah
Hiduplah dengan hati pemurah
Sesama umat beramah tamah
Maaf memaafakan karena Allah

About admin

Lihat Juga

Puisi – Hanya Satu

Timbul niat dalam kalbumu terban hujan, ungkai badai terendam karam runtuh ripuk tamanmu rampak Manusia …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *